Selamat Datang Ke Laman Web Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai

Semoga aplikasi ini dapat membantu masyarakat umum

Fakta Ringkas

Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai

Tanah perkuburan islam Kangkar Pulai merupakan tanah perkuburan dibawah kariah Masjid Nur-Syahadah.

Tanah perkuburan dibina di atas tanah wakaf sejak 1979.

Tanah Perkuburan ini telah dijaga oleh beberapa penjaga terdahulu dan yang terkini adalah oleh Tn. Hj. Mahmood bin Ahmad.

Purata dianggarkan 26 jenazah dikebumikan untuk sebulan.

Purata ini juga menunjukkan bahawa kawasan kubur ini sangat cepat dipenuhi oleh jenazah dalam tempoh yang singkat.

Menguruskan maklumat dan data jenazah dengan menggunakan rekod berasaskan kertas dan fail.

Mengekalkan cara tradisional untuk menyimpan data dan rekod jenazah.

Kelebihan Aplikasi ini

Aplikasi ini dibangunkan untuk mempunyai ciri yang tersendiri

Menggunakan pendekatan "Web-Based

Pengguna boleh melayari terus ke laman sesawang tanpa perlu memuat turun aplikasi untuk mencari maklumat jenazah.

Interaksi Peta

Pengguna boleh berinteraksi dengan peta kawasan perkuburan untuk mengetahui lokasi kubur dan informasi.

Pencarian Pantas

Pencarian nama jenazah lebih mudah dengan sistem carian yang kami bangunkan.

Pengurusan Data dan maklumat Jenazah Tanah Kubur

Pengurusan fail maklumat dan rekod jenazah menjadi teratur dan terjaga dengan adanya sistem yang kami bangunkan.

Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai

Visualisasi gambaran kawasan perkuburan melalui orthophoto yang dicerap pada Mei 2022.

Selami pengalaman interaktif dan menarik sambil anda menavigasi peta yang dipaparkan dengan menarik, mendedahkan lokasi tepat di Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai  

Maklum Balas Pengguna

Aplikasi ini telah diuji keberkesanan dan keupayaan terlebih dahulu oleh penjaga kubur sebelum digunakan untuk kegunaan umum.

Tn. Haji Mahmood Bin Ahmad

Ajk - Pengurusan Kubur Kangkar Pulai

"Aplikasi ini dapat membantu saya untuk menguruskan rekod jenazah dan memudahkan saya mencari kubur".

!!! PENAFIAN !!!

Penggunaan data dan maklumat dalam laman ini adalah diambil daripada pihak pengurusan Tanah Perkuburan Islam Kangkar Pulai
Data yang dipamerkan adalah daripada tahun 2014 sehingga tahun 2019 buat masa ini
Penggunaan lokasi (GPS) dalam peranti pengguna masing-masing akan menunjukkan ketepatan lokasi / posisi yang berbeza